Sunday, December 3, 2023

Im Back 3.0

Berjumpa lagi kita di segmen " im back " yang entah keberapa kali. Sememangnya, janji tinggal janji. Azam tinggal azam. Aku dah berjanji dekat diri aku ni tahun 2023 aku nak meneruskan untu, stay active menulis dekat sini. Tapi, tengoklah sendiri apa yang terjadi haih. Last update was on April. And right now dah Disember gais. How time flies. Baru haritu aku ingat aku tengah menulis time Ramadan, aku cerita tentang pengalaman PBS. And know what? Aku dah melepasi fasa praktikum aku di kala aku sedang menulis pada saat ini. 

    Benarlah, memang cepat masa berlalu. Terlalu banyak yang ingin aku ceritakan, ingin aku luahkan. Sebelum itu, korang semua sihat ke? Dah tercapai ke semua impian korang yang korang pernah impikan sebelum masuk 2023 haritu? Kita sekarang dah dekat penghujung 2023 tau. Tak kisah lah sama ada impian korang dah tercapai atau belum, apa pun... tahniah aku ucapkan dekat semua. Despite how hard this year has been for you so far, you survived every single day! 

Azam aku sebelum habis 2023 ni, aku nak hias blog aku cantik-cantik. Nak letak cbox so that semua orang yang melawat boleh tinggalkan jejak kat sini. Ngee, im so happy sebab bila aku bukak je blog then nampak ada 2 orang komen. Walaupun benda tu kelihatan kecil dekat orang lain, untuk aku tidak. Aku sangat menghargai itu. Terima kasih orang-orang baik! Terima kasih atas doa-doa ataupun kata-kata yang baik. 

Okey, kita masuk kepada topik penting yang aku nak ceritakan di sini. Banyak aku nak cerita, ada manis, ada pahit, ada suka, ada duka. Tentang aku yang telah menjalani praktikum selama 3 bulan dari Ogos sampai November yang lalu. It was such an unforgettable memories orang kata, yang sampai bila-bila akan jadi pengalaman yang paling mahal dalam hidup aku. Dalam tempoh tu, ada jatuh bangun, ada air mata yang mengalir. Wallahi, hanya Tuhan saja yang tahu.

Selama 3 bulan aku berpraktikum, part paling menyedihkan bagi aku ialah... duit banyak habis wei. Dah jadi misqueen kita ni. Duit sewa kereta, duit beli bahan bantu mengajar, duit beli hadiah dan ganjaran murid, duit beli barang-barang fail. Nak menangis aku elaun masuk pagi, elaun habis petang. Eh nak bagitahu, selama 3 bulan, aku cut off semua skincare aku. Aku pakai cleanser je. Sebab tak mampu nok. Time tu jugaklah semua benda nak habis, moisturiser habis, sunscreen habis, serum habis. Make up, aku tak ada sangat. Ada bb cream dengan lipmatte je. Tu pun memang dari rumah, nasib baiklah tak habis time tu. Tidak, macam tak bersiap aku pergi sekolah. Tapi, aku macam tak percaya, aku berjaya survive untuk hidup dalam tempoh 3 bulan tu. And terima kasih banyak-banyak kepada my beloved mummy, yang banyak support dari segi financial :') Sumpah terpaksa meminta sebab, duit saving kitonyo tak cukup. Sebelum ni, dengan duit elaun aku boleh hidup tanpa perlu mintak duit tambahan dekat mak aku (kalau bulan tu tak beli tiket flight lah), tapi waktu praktikum memang aku cakap jujur, aku tak mampu. 

Untuk pertama kalinya sewaktu praktikum, aku mengajar di sekolah. Sangat mencabar ya. Mencabar mental dan fizikal aku hahaha. Tapi, aku berjaya tempuh jugak sepanjang 3 bulan. Ada anak-anak murid nakal. Ada jugak yang baik, sopan-santun, dengar kata. Semuanya aku sayang. Paling aku suka mengajar anak-anak murid yang kecil macam darjah 2. Aku rasa, aku belajar untuk menyayangi dan memahami hati anak-anak kecil. As a person yang tak ada adik, jujur aku cakap. I hate children. Tapi, dengan diorang, aku layan macam adik-adik aku dah. Dengar diorang mengadu, kawan ambik pensel pun menangis. Kawan-kawan tak nak kawan pun menangis. Pertama kali aku rasa macam kakak-kakak. Biasalah, ajar anak-anak kecil memang macam tu. Dan, surprisingly, aku tak jemu, tak rimas. 

 Untuk student yang darjah 5 dan 6 pulak, layanan kepada mereka adalah tentunya berbeza. Diorang aku anggap macam kawan sebab masing-masing besar. Diorang pun banyak bercerita benda yang trending, tak macam aku dulu. Noob. Huaa, sedih la pulak cerita bab ni. Semuanya dah jadi kenangan. Untuk berjumpa, sangatlah impossible. Jarak dari tempat belajar aku ke sekolah tu, agak jauh. Mungkin kalau berjumpa, itu rezeki. Untuk semua anak murid cikgu, sampai berjumpa di titik terbaik menurut takdir ya. Sayang semua. 

Oh terlupa. Untuk yang curious, aku berpraktikum dengan seorang lagi kawan aku, kelas yang sama, course yang sama. Dan selebihnya kawan-kawan aku dari course yang lain. Untuk penetapan sekolah, kami dapat random. Tak boleh pilih. Dan Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat, sebab Allah hadirkan kawan-kawan yang sangat membantu. Walaupun sebelum ni, tak pernah kenal tak pernah bertegur, bila praktikum sama-sama, kami dapat buat kerja dengan baik. Banyak gila suka duka dengan semua kawan-kawan aku ni. Untuk diceritakan bab ini, aku memilih untuk tidak bercerita. Bukanlah disebabkan ada perkara yang tak baik. Tapi korang faham tak. Kenangan aku dengan kawan-kawan ni terlalu indah nak diceritakan sampai aku rasa, biar jadi kenangan yang tak perlu aku ungkapkan, sebab nak tulis pun rasa macam seribu words tak cukup. Terima kasih semua yang banyak membantu, yang banyak menceriakan hari-hari sepanjang praktikum ni!

Ada tak benda yang tak best pasal praktikum? Of course ada. Mesti ada. Bukanlah tak best, tapi bila praktikum, aku dah jarang jumpa dengan classmate aku. Sebab balik je dari sekolah, tidur, and siapkan kerja-kerja di dalam bilik. Same goes to my friends yang lain. Tak sempat nak berjumpa apa semua. And this routine keep repeating sampailah praktikum tamat. Dari segi masa, masa kau memang dipenuhi dengan kerja-kerja praktikum. Buat fail, buat rph, buat bbm. Lagi-lagi bila esok tu nak kena penyeliaan, memang hidup tak tenang. Aku dengan roomate aku selalu lah merungut letih apa semua. Sampai tidur aku pun dah berubah drastik. Aku tidur lepas isyak pukul 8 malam sampai pukul 12 pagi or 1 pagi. Then baru bangun buat kerja sampai lah subuh terus mandi, solat pergi sekolah. Penat memang penat. Tapi yang hairannya, boleh pulak aku survive ye. Sebab tu orang kata, benda kalau kena paksa, boleh aje. Kita je banyak alasan.

Banyak jatuh bangun dan air mata wak tu praktikum. Banyak kali jugak aku mengadu dekat mak aku. Letih, penat, nak give up. Mak aku selalu pesan, enjoy je layan semua penat. Jangan stress. Jangan overthinking. Dan bila aku fikir balik, untuk apa aku nak give up separuh jalan, kalau aku dah mulakan? And memandangkan aku rasa praktikum ni banyak kesusahan yang aku hadap, why not aku buat betul-betul and usahakan yang terbaik kan? Baru lah berbaloi semua kesusahan aku tu. 

Pendek cerita, apa yang aku boleh simpulkan, praktikum ajar aku banyak benda baru. Erti sabar, erti kawan, memanfaatkan masa, pengorbanan. Memang tak dinafikan, banyak duka dan pahit yang aku lalui, tapi percaya atau tidak, semua itulah yang mematangkan kita. Alhamdulillah, dengan semua yang aku lalui, dapatlah jugak merasa jadi calon cemerlang praktikum, dan kalau diizinkan oleh Allah, dapatlah naik pentas nanti. Truly definition of hard work paid off.

Lepas praktikum, terus aku fly balik rumah. And it is time to relax my mind, my body after 3 months of hectic schedules. Balik ke pangkuan keluarga tercinta. Sebulan bercuti, and aku nakkan rehat yang betul-betul rehat. And nak tengok drama. Lama betul aku tahan nak tengok drama tau. Okeylah, sampai sini je kot? Until next time! 

        

Sunday, April 2, 2023

Im Back 2.0


    See? Aku dah menipu untuk update entry once my final exam is over. Memang hauk aku punya janji. Last update bulan Disember. Habis final pun Disember, sampai ke sudah aku tak update entry aku. Janji memang tinggal janji. Dah masuk 2023 dah pun, bulan April pulak tu. Kata nak comeback? Comeback apa gini. Astaghfirullah...

    Hehe, sebenarnya malamni aku dah beres daripada assignments yang membelenggu diri aku selama 2 bulan. Dari Februari, dan berakhir semalam. Student ipg, macam ni lah. Bayangkan, 7 subjek untuk sem ni, masing-masing ada lebih kurang 4-5 assigments untuk satu subjek. Yang 6 assignments untuk satu subjek pun ada. Finally, i did it with flying colours. Ceh! Cuma, yang masih tinggal, benda-benda amali untuk subjek olahraga macam lari pecut, lontar peluru which is aku tak tahu lagi bila lecturer aku nak buat sebab katanya dia kesian dengan kitorang kan tengah bulan Ramadan ni. See? Memahami tak lecturer aku. 

    Korang nak tahu tak? Kalau korang tak nak tahu pun, sudahlah. Aku nak bagitau jugak. Semenjak bergelar student ipg, memang sibuk memanjang. Tapi, aku tak tahu kenapa tersangatlah pack jadualnya, banyak programnya (ipg memang program memanjang ye), cuti sabtu ahad pun dah tak macam cuti sebab kelas ganti, extra class, kadang-kadang program itu ini. 

    Sebelum aku membebel panjang meh aku senaraikan aktiviti apa yang aku dah lalui sepanjang sem ni. Dari awal sem, 2 minggu masih sempat enjoy. Assignment belum muncul. Masa ni tengah berfoya-foya layan drama sampai 3 pagi. Masuk minggu ketiga dia dah muncul sikit-sikit. Tu pun, kepala aku sakit tahap apa dah hahaha. Masuk minggu keempat, aku fly balik semenanjung untuk buat PBS di rumah. Okey, fyi, jauh tempat aku belajar, perlu merentas Laut China Selatan. Specifically, tak nak bagitahu hahaha. 

* Pengalaman Berasaskan Sekolah

    Untuk yang tertanya apa itu PBS, sebenarnya ini adalah PBS terakhir aku. Bukan praktikum eh. PBS ni macam adik kepada praktikum. Kitorang just pergi sekolah. Observe sekolah. Observe cara guru mengajar. Masuk kelas, buat aktiviti dengan murid. Tapi tidaklah mengajar. Selalunya, akan ada tugas khas daripada ipg yang diberikan yang kau perlu settlekan sepanjang seminggu dekat sekolah tu. 

    To be honest, aku sangat sukakan PBS dan jika diberi peluang, tiap-tiap sem ada PBS aku lagi suka. Dan fyi, sekolah terakhir yang aku pergi kali ini, tersangatlah best dari segi cara kerja guru-guru, layanan warga sekolah dan semua lah tak dapat aku nak list satu-satu dekat sini, tersangatlah SUPERB! Dan di kala sedang aku menulis, aku tengah terbayangkan manisnya kenangan pada bulan Februari haritu. Dan, aku takkan merasai lagi dah pengalaman ber PBS :') Praktikum pulak lah nanti. Tapi praktikum dah lain, mesti lagi mencabar. 

    Tau tak sepanjang 2 minggu aku dekat rumah, jangan ingat aku tengah holiday sakan eh. Aku siang malam pagi petang memang menghadap laptop untuk siapkan assignment. Sebab habis je cuti, perlu submit semua assignment ikut due date yang dah ditetapkan. Despite being busy with tons of assignment, haha aku masih sempat ya keluar dengan mak aku ke hulu ke hilir. Kata mak aku, buat hilang stress, plus layan anak jauh balik. Mak rindu kita, tapi taknak mengaku. Macam gitu ler. 

    Habis cuti aku, terus aku fly ke ipg semula dan sibuk buat persiapan untuk Acara Kejohanan Olahraga Tahunan. Sibuk sana sini, hari-hari. Tapi, kita macam biasa, sesibuk mana, makan jangan lupa. Solat jangan tinggal. Assignment dulu baru kamu eh. Aku rasa 31 hari sepanjang bulan Mac berlalu seperti 3 minit. Sebab tersangatlah sibuk sepanjang Mac. Ada 3 macroteaching yang perlu dibuat, assignments yang kena submit, kena buat tugasan untuk event dan macam-macam lagi. Time tengah-tengah sibuk tu jugak, terselit 3-4 program. Kitorang dah terbiasa dah wak, mental fizikal kita dah strong, dah lali. Nak jadi cikgu kan? Kena kental!

    Dan, sedar tak sedar Mac habis macam tu je. Cepatnya masa berlalu kan. Dah 11 hari berpuasa. Sebelum terlambat walaupun dah memang terlambat sangat, selamat berpuasa semua orang. May this holy month bring us closer to Allah and may Allah accept our ibadah, efforts and supplicants in this blessed month of Ramadan. Kita dah di fasa kedua ni. Banyakkanlah ibadah kita, berdoa. Semoga kita sentiasa diberkati oleh Allah SWT. Amiin.

    Sebab itulah malamni, aku rasa hilang sudah beban aku menghadap laptop dari pagi sampai ke tengah malam selama 2 bulan berturut-turut. Sekarang, ada masa yang aku boleh luangkan untuk menulis entry pada kali ni. Hehe. Korang tau tak. Haritu aku tulis entry masa tengah exam kan. Guess what? Time aku tengah tulis ni, aku dah nak exam tak lama lagi. Walaupun kalau congak kasar rasa macam lama je dari Disember 2022 nak ke April sekarang. But, look at my previous entry dan my current entry. Pejam celik pejam celik hari raya dah nak tiba. 

    Korang tau tak, disebabkan kesibukan yang memanjang ni jugak, sejujurnya aku sangat homesick untuk sem kali ni. Bila sibuk, kadang jatuh jugak air mata teringat kucing kat rumah, teringat family. Tapi, aku memang hari-hari akan call family aku. Dan di saat aku sedang menaip ni jugaklah, aku dah menghitung hari untuk balik beraya. Tak sabar rasanya. Korang yang tengah membaca ni, dah apply cuti ke tu? Dah beli tiket raya belum nak balik. 

    Weii cakap pasal tiket raya. Korang tau tak, mahal gila tiket raya. So, aku berharap, hari raya nanti aku dapat duit raya banyak-banyak. Sebab nak cover duit yang dah habis beli tiket haritu. Dugaan la belajar jauh kena naik kapal terbang ni. Satu je aku mintak. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan pengajian aku dan murahkan rezeki aku sekali. Amiin. 

    Hehe, aku rasa dah banyak benda aku cerita ni. Aku dah kena lena. Esok kelas awal pagi. Korang pun, lena tauu. Jangan jadi burung hantu. Jangan lupa bangun sahur esok. See you when i see you. <3

Friday, December 2, 2022

Im Back


2/12/2022. Setelah lama aku tak menaip dekat sini. Tbh, aku lupa yang aku pernah aktif gila blogging start dari darjah enam. Guess my age now? HAHAHA, already 20, Ya Allah. How time flies. Bila baca balik entry lama-lama rasa, cringe la gila. Macam, aku ke ni? Biar betul la? Se 'cringe' ini ke aku time kecik-kecik? Tulis tah apa-apa, yang kuban-kuban je la. So, i decided to unpublish all of my entries, and walaupun sekarang dah penghujung 2022, aku dah ada niat untuk kembali aktif dalam bidang penulisan di sini walaupun aku rasa tak ada siapa nak baca. 

This time, i come back as unknown. If you guys still remember me, then you know lah. Dulu, boleh tahan aktif la, join giveaway sana sini. Dulu rasa bestnya orang kenal, astu apa eh aku dah lupa banyak tau istilah blogging-blogging ni. Dulu aku selalu la blogwalking kat blog orang. Pastu terpaling ramah tinggalkan pesanan la segala mesej dekat chatbox orang. Syoknya zaman dulu-dulu. Aku lupa yang aku pernah ada memori semanis itu. Sekarang, aku nak dapatkan balik memori semanis itu in my 20s. 

Oh lupa. Even you guys tak tanya, why I choose to come back, aku nak cerita jugak. The real reason is aku rasa aku perlukan satu space yang aku nak story hari-hari aku without revealing my real identity. Aku nak orang tak kenal aku. Aku nak alepaskan apa yang aku rasa, masalah or whatsoever without judgement from others. Adulting is hard. In my early 20s , too many dramas, too many conflicts happened. Kadang ada happy, ada sedih, ada bercampur. Thats how life works. Thats why, tengah-tengah study untuk exam, aku teringat yang aku pernah aktif blogging. Aku cuba la cari balik mana la aku punya blog, and im so glad, blog ni masih ada. Huwaa, banyak gila entry aku tulis dulu rajinnya aku. Tapi, biarlah jadi rahsia aku je, sebab aku tak sanggup nak bagi you guys baca. Srs, cringe!

Okey, aku rasa, people dont have to know me well. It is better you know me as unknown. Jenis aku adalah sangat private. Bak kata orang, no face no case. Jadi, nak panggil aku, panggil je lah anon. Yang pasti aku perempuan. Jangan tetiba abang aaaa, tacod. Belum berkahwin. Masih study. Masih mengejar cita-cita. Masih ada insan yang perlu aku banggakan. Kucing yang perlu aku manjakan. Duit yang perlu dicari demi membeli skincare. Okey dahlah, kit kit je dah, takyah tau banyak-banyak. Nanti tak jadi anon dah. 

Sebelum tu kan, kalau you guys tengok rupa blog aku. Jangan judge eh. Aku dulu pernah tau edit cantik-cantik. Astu, aku guna yang mana ada je ni, sementara je. Nanti habis exam aku edit. Dulu kemain eh, aku sibuk coding sana sini mcm programmer dah. Sekarang aku dah lupa, tapi for sure aku akan belajar balik untuk cantikkan blog aku. Barula seronok sikit orang nak mai melawat. Ni pun, nak baca tak selera. Euw, selibau!

Aku rasa kan, aku boleh taip sampai sini je. Ingat nak spend 10-20 minit je, dah terlebih ni. Ke laut dah study aku. Anyway, selamat berjumpa kembali semua dengan new version of me. Goodnight peeps!